Pilihan Raya Umum (PRU) yg ke-13 untuk negara berdaulat Malaysia akan berlangsung tidak lama lagi namun tarikh sebenarnya masih belum lagi diketahui semua pihak terutama rakyat Malaysia. Sebelum itu,pilihan raya kecil utk kawasan Tenang,Johor akan berlangsung terlebih dahulu iaitu pada 30 januari 2011 dan esok 22 Januari 2011 merupakan hari penamaan calon bagi calon2 yang terlibat. Pelbagai isu2 panas lagi berapi telah dibangkitkan akan tetapi itu semua perkara biasa bagi rakyat kumpulan ke-3. Apapun diharap pilihan raya yg bakal berlangsung itu nanti semuanya dalam keadaan baik dan berjalan lancar dan semoga ada transformasi bagi dunia politik Malaysia yang lebih matang dan bertamadun.
Bagi masalah banjir,itu semua sudah menjadi tradisi pabila tiba musim tengkujuh cuma sekarang ini keadaannya berbeza. kalau sekitar tahun 90-an kejadian banjir berlaku pada hujung tahun tapi sekarang berubah kerana berlaku banjir pada awal tahun. seperti biasa,byk pusat pemindahan telah dibuka untuk mangsa banjir. cuma berharap perhatian dari pihak berwajib atau Yb dapat diterjemahkan kepada bantuan dan kerjasama yang erat tanpa mengira apa jua latarbelakang.
Isu antarabangsa pula memang tak lekang dek isu palestine dan israel. isu tersebut akan berlaku sampai kita semua akan habis.ketidakadilan yang menjerut penderitaan setiap warga palestine akan terus berlaku selagi tiada tindakan yang benar2 konkrit utk menentang kekejaman israel.
Agama.satu isu yg amat sensitif dan mudah dijadikan modal untuk politik sempit mereka yang suka berkubang dlm air yg keruh lagi kotor. saling menghormati adalah asas kepada perpaduan dan keutuhan sesebuah negara yg pelbagai bangsan dan agaman. Isu Agama ini sama seperti api. api kecil masih boleh kita kawal tapi kalau api yang besar mana mungkin dapat dikawal dengan hanya satu siraman di pusara abadi. hati2 bila bercakap hal2 agama.
Sukan.semestinya hangat dengan bola sepak.Tahniah buat Malaysia kerana menjuarai piala aff suzuki 2010 selepas menjadi juara sukan sea pada tahun sebelumnya. BPL tidak perlu diperkatakan lagi kerana sememangnya menjadi perhatian seantero dunia.MU Chelsea Arsenal n Lvpool tetap menjadi kuasa besar dalam liga namun agak malang buat Lvpool kerana telahpun terkeluar dari saingan perebutan juara. barcelona madrid dan beberapa liga utama dunia yg lain hanya menambah saingan dan kerancakan suka bola sepak moden dewasa ini. sukan2 lain pasti akan menyusul selepas ini dan sekarang sedang berlangsung acara tennis yg melibatkan nama2 besar spt nadal,federer dan lain2.